DUA DESAKU NAN INDAH

DUA DESAKU NAN INDAH

Berminat Menyewa Buaian Berendoi? Sila Klik Gambar...

Wednesday, December 16, 2009

MALAYSIA BOLEH!!!!

Assalamualaikum semua.....

Tau apa berita sukan terpanas minggu ni? Tentulah tentang bolasepak
Sukan SEA kan? Bangga rasanya apabila pasukan Malaysia yang digelar HARIMAU MALAYA tu, akhirnya berjaya layak ke perlawanan akhir. Pingat PERAK dalam tangan dah! Apalagi, hayun untuk pingat EMAS! Sebelum ni siapa pun tak bagi harapan kat pasukan kebangsaan kita ni. Rata-rata dalam suratkhabar kata.....misi mustahil masa nak lawan Thailand hari tu. Alih-alih Thailand kena dengan kita kan? Pastu tuan rumah pun tunduk tersipu-sipu depan penonton sendiri yang dianggarkan 20 ribu tu! Dah 20 tahun kita kepingin pingat emas ni. Harap pasukan kita kalahkan Vietnam esok dengan bermaruah!

Kawan-kawan.....jom layan
TV2 esok petang (Khamis 17 Dis 2009).
TV3 pun khabarnya siarkan siaran langsung tu. Rasanya pukul 530pm dah ada le siaran langsung tu. Kita sokong pasukan kebangsaan kita. Nasib baik le jadual main badminton aku petang ni (Rabu). Kalau esok petang, confirm aku kensel main badminton sebab perlawanan akhir bolasepak esok lebih penting pada aku..........

P/S: Silalah ke website penyokong bolasepak Malaysia - HARIMAU MALAYA di http://harimaumalaya.com/

MALAYSIA BOLEH!!!.............................MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment