DUA DESAKU NAN INDAH

DUA DESAKU NAN INDAH

Berminat Menyewa Buaian Berendoi? Sila Klik Gambar...

Thursday, December 31, 2009

Happy Birthday To U.....


Happy Birthday to u my wife.....Emma (http://www.tisyalittlecottage.blogspot.com)
Happy Alwayz K?

pls click HERE


Friday, December 25, 2009

Upin & Ipin di Times Square!

Ni foto anak aku dan kawan2 dia semasa cuti sekolah ni.

Ish Ish Ish Berseni Betul La...........

Aku dapat foto2 ni kat internet. Teruja betul la apabila sesuatu yang biasa kita tengok tapi dah jadi luar biasa lak bila ditukar penampilannya dengan teknik tertentu....Tengok la sendiri



Tuesday, December 22, 2009

Siapa 2 Makhluk yang HENSEM Ni?!


Lama dah aku tak update blog aku ni. Kali ni aku letak la gambo aku dan member baik aku - kawan sejak dari darjah 4 wo!!! Dekat2 30 tawun kawan! Ni saja aku letak gambo yg tak full. Korang pun tau la sebabnya kan? Yang tak tau lagi...ni aku bagi tau. Takut awek2 lama dulu tetiba sawan keldai lak! kuang3. Maklum le, kami ni masih memaintainkan body...he he he. Tgk pun dah tau kan? kih kih kih. Kalau yg nak kenal lebih dekat....isi la borang yang ada kat mana2 pej pos seluruh Iraq.......wokey la.....terover sudahhh......kih kih

Wednesday, December 16, 2009

MALAYSIA BOLEH!!!!

Assalamualaikum semua.....

Tau apa berita sukan terpanas minggu ni? Tentulah tentang bolasepak
Sukan SEA kan? Bangga rasanya apabila pasukan Malaysia yang digelar HARIMAU MALAYA tu, akhirnya berjaya layak ke perlawanan akhir. Pingat PERAK dalam tangan dah! Apalagi, hayun untuk pingat EMAS! Sebelum ni siapa pun tak bagi harapan kat pasukan kebangsaan kita ni. Rata-rata dalam suratkhabar kata.....misi mustahil masa nak lawan Thailand hari tu. Alih-alih Thailand kena dengan kita kan? Pastu tuan rumah pun tunduk tersipu-sipu depan penonton sendiri yang dianggarkan 20 ribu tu! Dah 20 tahun kita kepingin pingat emas ni. Harap pasukan kita kalahkan Vietnam esok dengan bermaruah!

Kawan-kawan.....jom layan
TV2 esok petang (Khamis 17 Dis 2009).
TV3 pun khabarnya siarkan siaran langsung tu. Rasanya pukul 530pm dah ada le siaran langsung tu. Kita sokong pasukan kebangsaan kita. Nasib baik le jadual main badminton aku petang ni (Rabu). Kalau esok petang, confirm aku kensel main badminton sebab perlawanan akhir bolasepak esok lebih penting pada aku..........

P/S: Silalah ke website penyokong bolasepak Malaysia - HARIMAU MALAYA di http://harimaumalaya.com/

MALAYSIA BOLEH!!!.............................MALAYSIA BOLEH!!!

Friday, December 4, 2009

Badminton Lagi.....he he he

Assalamualaikum.....
Masa aku menaip n3 ni, sambil2 le aku tgk Astro Supersport2 (Ch816).
Maklum le, kan tgh ada game badminton Super Series Masters Finals di Johor Bahru dr 2-6 Dis 2009?
Ramai pemain2 Malaysia yg layak ke separuh akhir. TAHNIAH! Aku nak ulas di sini, panjang lak nanti. Kalau ada yang nak ikuti keputusan perlawanan yg sedang dijalankan, korang cuba2 la tgk kat SINI. Selamat menyokong pasukan Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!

*Gambar ialah Dato' Lee Chong Wei - ranking pemain single lelaki no.1 dunia!

Wednesday, December 2, 2009

Badminton Oh Badminton.....


Sblm aku tido jap lagi, aku saja nak tayang raket badminton aku. Aku ni minat gak sukan2 ni tapi yg aku terlibat secara langsung - badminton la. Tiap2 minggu aku hayun raket ni dgn kengkawan kat court. Kira ni salah satu cara nak maintain body la kononnya...he he.....perut naik gak! Aku start beli raket yg murah je masa mula2 main dulu. Aku beli 2 batang bwh RM70! Lepas tu upgrade sikit beli yg RM100 lebih. Baru2 ni bila dah rasa terror (perasan la tu..), aku beli lak sebatang yg harganya RM 200 lebih! Wow....meningkat tu. So, tgk la raket2 aku ni ye? Jgn boring lak...dh takde modal ni.......





Tuesday, December 1, 2009

Selamat Berblog

Assalamualaikum semua......ini hari pertama blog ni dicipta. Makanya, bermulalah episod blog dalam hidup aku ni. Sebelum ni aku tak pernah la nak cipta apa-apa pun, walaupun aku dah bergelumang dalam bidang IT ni berbelas-belas tahun dah! Diharap blog aku ni berguna utk aku, kawan-kawan, sedara-mara dan sesiapa sajalah ye? Selamat berblog bersamaku! Korang boleh gak melawat blog wife aku.....SILA KLIK SINI. Kena la support wife kan...he he