DUA DESAKU NAN INDAH

DUA DESAKU NAN INDAH

Berminat Menyewa Buaian Berendoi? Sila Klik Gambar...

Wednesday, April 14, 2010

Piala Dunia 2010 Edisi ke -19 di Afrika Selatan


Assalamualaikum kengkawan.....
Lama dah aku tak update blog aku ni. Minggu lepas lak aku demam sikit la. Hari ni kita cite sikit psl Piala Dunia di Afrika Selatan yg akan berlangsung pada 11 Jun 2010 - 11 Julai 2010 nnt. Proses kelayakan pasukan2 ke pusingan akhir tu nnt dah bermula sejak Ogos 2007 lagi & sebanyak 204 buah negara terlibat dlm pusingan kelayakan tersebut!

Maskot di atas tu lak namanya Zakumi. Harimau Bintang berbelang kuning dan hijau.....sempena warna bendera Afrika Selatan.

Ada satu perkara menarik yg korang mesti terkejut apabila dpt tahu. Kita tak pernah tau atau ambik tau pemenang FIFA World Cup ni dpt hadiah apa kan? Ni aku nak bagitau. Setiap pasukan yg layak ke pusingan akhir di Afrika Selatan ni akan diberi dulu USD1 juta setiap pasukan utk belanja persiapan ke kejohanan ni! Ambik kau!!! Kalau Malaysia layak....confirm dh dpt dkt2 RM4 juta kan?!!!!! Itu blm kira layakkan diri ke pusingan seterusnya. Setiap pasukan selepas tu dr best 16 sampailah ke perlawanan akhir akan dpt hadiah berjuta2 USD & kemuncaknya, juara akan dpt USD30 juta!!! Tu dia.....siapa nak bagi? Dah le 4 tahun sekali je kejohanan ni kan? Bestnya!

Satu lagi kalau korang nak tau - walau sehebat mana pasukan yg bertanding, aku tetap ada pasukan pilihan dr aku sekolah rendah lagi >>>>> BRAZIL!!!!! Brazil akan bersaing dlm kumpulan G bersama2 pasukan Korea Utara, Ivory Coast & Portugal. Tungguuuuuuuuuu....

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah Buat Din Beramboi.....


Sebelum ni aku buat posting psl Din Beramboi yg sedang koma masa tu. Baru jap tadi aku dpt tahu, Abg Din dah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Allah lebih sayangkan dia. Kita semua akan merindui bakat semulajadi arwah. Raja Lawak selepas ni takde lagi celoteh arwah yg bersahaja. Abg Aznil di Radio Era plg terasa kehilangannya aku rasa. Subuh2 lagi dah menghiburkan pendengar2 yg nak pegi kerja........jasamu dikenang Abg Din....penghibur bersahaja.......Al-Fatihah

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/2/mstar_hiburan/20100402012804&sec=mstar_hiburan