DUA DESAKU NAN INDAH

DUA DESAKU NAN INDAH

Berminat Menyewa Buaian Berendoi? Sila Klik Gambar...

Monday, April 18, 2011

EHSAN DARIPADA BLOG TISYA LITTLE COTTAGE - Pakej Sewa Buaian Berendoi/Cukur Jambul

FACEBOOK: TISYA LITTLE COTTAGE
FACEBOOK: FATIMAH SHAARI CREATION
Istimewa untuk yang ingin mengabadikan saat-saat indah putera/puteri dalam Majlis Berendoi/Cukur Jambul, saya menyediakan khidmat pakej sewa buaian.

Pakej bermula RM300 & ke atas.
Anda juga boleh layari
FACEBOOK: TISYA LITTLE COTTAGE
FACEBOOK: FATIMAH SHAARI CREATION
untuk gambar & harga pakej menarik.




FACEBOOK: TISYA LITTLE COTTAGE
FACEBOOK: FATIMAH SHAARI CREATION

Selamat Mem"browse".
Terima Kasih

Wednesday, September 15, 2010

16 SEPTEMBER 2010 - HARI MALAYSIA PERTAMA KALI DISAMBUT!

Sumber Artikel Di Bawah Diambil Daripada - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

***AKHIRNYA SETELAH BERPULUH-PULUH TAHUN TIDAK DIRAIKAN (SETELAH 47 TAHUN SEJAK 1963), AKHIRNYA HARI MALAYSIA DIISYTIHARKAN SEBAGAI CUTI UMUM BAGI SELURUH MALAYSIA. AKU JUGA BERBANGGA KERANA HARI BERSEJARAH INI TURUT SAMA MERAIKAN HARI LAHIR AKU PADA 16 SEPTEMBER SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YG LALU....

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.[2] Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Friday, June 25, 2010

BRAZIL! BRAZIL! BRAZIL!


Assalamualaikum.....setelah berbulan2 aku tinggalkan laman blog aku ni (sbb vitamin "M"...he he), kini aku kembali. Kembali pun kejap je kut. Nak mengaktifkan blog aku yg dh bersarang labah2 ni! Aku nak penuhkan n3 aku kali ni dgn "demam bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 Edisi ke-19" sejak ia diperkenalkan pd 1930 di URUGUAY. Sempena pasukan feveret aku, BRAZIL yg aku minati pd setiap Piala Dunia sejak 1982 di Sepanyol yg dijuarai oleh Italy (kalahkan Germany - pd masa tu dikenali West Germany) 3-1 > aku nak letak la gambar2 pemain2 utama BRAZIL pada saingan kali ni. Setakat n3 ni ditulis, BRAZIL dah pun layak ke pusingan "Best of 16" dan mlm ni (25 Jun 2010) akan bertemu PORTUGAL, hanya utk BRAZIL tentukan samada jadi juara Kumpulan G @ naib juara. Come on BRAZIL....Sambaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
p/s: aku pun ada jersi BRAZIL dah tapi secara maya je le..... he he he

1 Julio Cesar - Goalkeeper

2 Maicon - Defender

3 Lucio - Defender

4 Juan - Defender

5 Felipe Melo - Midfielder

6 Michel Bastos - Defender

7 Elano - Midfielder

8 Gilberto Silva - Midfielder

9 - Luis Fabiano - Forward

10 Kaka - Midfielder

11 Robinho - Forward

Saturday, May 1, 2010

Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor - 25.4.2010


Selamat Datang ke Bukit Beruntung. Lamanya aku tak balik rumah lama aku ni!

Meriah je apabila ada pilihanraya kan? Kalau tak tu, nmpk jalan je le...

Dah ada Tesco kat sini tapi "Pusat Pengedaran" je. Kalau la letak "Pasar Besar" kat sini....pergh!

Kenderaan pertama parti politik yg aku nmpk selepas kuar tol...

Seronok bebudak ni kan? Masa ni la dpt peluang mcm ni. Kalau buat mcm ni masa biasa, kena mengadap pak polisi la jawabnya...

Roda bergolek, bendera pun bergerak.....

Inilah foto penulis blog ni....sempot posing lagi tu...encem tak? he he he

Ni la "barung SPR". Kena check saluran mengundi kat sini sblm masuk pagar tempat mengundi.



Jalan nak ke pusat mengundi. Kiri kanan bersahut2an....biasa la.....masing2 tgh semangat kan?


Bilik gerakan parti2 politik yg bertanding...

Teringat aku cite masa aku budak2 dulu.....CHiPS (betul ke tak ejaan ni?...he he)


Wow! Evo10 tu! Ni kalau kena kejar kat highway, bawak2 le berenti tepi. Tak ke mananya kita nak lari yob!


Wife aku dah seram-sejuk sbb gabra tgk penyokong2 parti kiri kanan jalan nak ke pusat mengundi ni - terjerit2 bersahut2an. Aku kata apa takut, abg2 polis kita ni ada. Rileks....



Gambar2 aku round sikit sblm kuar dr Taman Bunga Raya - tempat aku & wife mengundi....




Papan iklan parti2 politik yg bertanding...

Presiden Old Boyz ACS Turun Padang!!!


Assalamualaikum.....

Presiden Old Boyz ACS Turun Padang!!!
Tajuk gempaq abis!
Presiden la katakan....
Lamanya aku tak update blog ni kan?
Biasa la.....selain bz, jawapan standard lain ialah - M.A.L.A.S.
Apabila MALAS menjelma, tak dapek nolong...........
Lagi pun mmg sibuk sikit seminggu dua ni.
Tambah lak minggu lepas aku balik mengundi kat Hulu Selangor tu.
Nasib baik member aku dr kecik kt sekolah ACS ni dtg pg tadi ke rumah aku dgn wifenya- breakfast.
Zaid Adli namanya aka Tuan Presiden!
Ni 1st time dia bertandang ke rumah aku di KL.
Ada la modal aku nak upload gambo ni.
Kalau tak, bersawang lagi la blog ni...he he
Apalagi, bergosip la kami sambil2 Zaid ni dgn hobi barunya......klik klik (ambik gambo!) Abis satu rumah aku luar dalam dikerjakan dgn kameranya tu! ha ha ha
Nasib baik takleh lama. Dia jadi wakil nak merisik utk adik ipar dia lak tghari tu. Kalau tak, mau sampai ptg diorang bergosip kat rumah aku ni.....kuang3
Ok la, nnt kalau senang2, aku upload gambo2 semasa aku turun mengundi pada 25 April lepas tu. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......................

Wednesday, April 14, 2010

Piala Dunia 2010 Edisi ke -19 di Afrika Selatan


Assalamualaikum kengkawan.....
Lama dah aku tak update blog aku ni. Minggu lepas lak aku demam sikit la. Hari ni kita cite sikit psl Piala Dunia di Afrika Selatan yg akan berlangsung pada 11 Jun 2010 - 11 Julai 2010 nnt. Proses kelayakan pasukan2 ke pusingan akhir tu nnt dah bermula sejak Ogos 2007 lagi & sebanyak 204 buah negara terlibat dlm pusingan kelayakan tersebut!

Maskot di atas tu lak namanya Zakumi. Harimau Bintang berbelang kuning dan hijau.....sempena warna bendera Afrika Selatan.

Ada satu perkara menarik yg korang mesti terkejut apabila dpt tahu. Kita tak pernah tau atau ambik tau pemenang FIFA World Cup ni dpt hadiah apa kan? Ni aku nak bagitau. Setiap pasukan yg layak ke pusingan akhir di Afrika Selatan ni akan diberi dulu USD1 juta setiap pasukan utk belanja persiapan ke kejohanan ni! Ambik kau!!! Kalau Malaysia layak....confirm dh dpt dkt2 RM4 juta kan?!!!!! Itu blm kira layakkan diri ke pusingan seterusnya. Setiap pasukan selepas tu dr best 16 sampailah ke perlawanan akhir akan dpt hadiah berjuta2 USD & kemuncaknya, juara akan dpt USD30 juta!!! Tu dia.....siapa nak bagi? Dah le 4 tahun sekali je kejohanan ni kan? Bestnya!

Satu lagi kalau korang nak tau - walau sehebat mana pasukan yg bertanding, aku tetap ada pasukan pilihan dr aku sekolah rendah lagi >>>>> BRAZIL!!!!! Brazil akan bersaing dlm kumpulan G bersama2 pasukan Korea Utara, Ivory Coast & Portugal. Tungguuuuuuuuuu....