DUA DESAKU NAN INDAH

DUA DESAKU NAN INDAH

Berminat Menyewa Buaian Berendoi? Sila Klik Gambar...

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma!



MSG NI AKU COPY PASTE DRP FACEBOOK LISA SURIHANI: SEMOGA ALLAH SELAMATKAN DIN BERAMBOI....AMIN >

Din Beramboi was infected by rats pee when he shot a pet show at the Zoo.He is in need of type O blood.(Selayang Hospital) He is in an induced coma, his internal organ functions have shut down, he is bleeding internally, doctor gives him 24-48 hours. Pls donate if u can yea.

SILA BACA:

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/3/30/mstar_hiburan/20100330161919&sec=mstar_hiburan

Tuesday, March 23, 2010

mmmmmmmm.........sorryyyyyyyyyyyyyyy


A'kum kengkawan. Sorry Morry sbb dah lama tak buat N3. Last ari tu pun psl Lin Dan kalah main badminton ALL England. Ingatkan lepas tu menang kat Swiss Open. Alih2 sama gak...kalah kat suku akhir! Rasanya zaman kegemilangan Lin Dah dah nak sampai ke penghujung tu.Dulu2, susah nak tgk dia kalah. Nmpknya Datuk Lee Chong Wei makin tinggi markah dlm ranking dunia. Teruskan Chong Wei!

Aku pun tak tau nak tulis apa lagi. Minggu lepas semasa Swiss Open tu, langsung aku tak update sepatah halal pun (tak sedap sebut haram kan? he he). Bizi sket la. Ni pun curi2 gak la masa yg ada. Mood nak menaip pun kureng skang.

OK la kengkawan. Lain kali aku cite benda lain lak. Takde isu2 menarik nak cite dah.

Chowwwwwwwwww!!!!!!

Saturday, March 13, 2010

LIN DAN KALAH!!! ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010 - DAY 5 (SATURDAY)


Bertemu kembali kita dlm rancangan arena sukan....cewah. Lama tak dgr ungkapan tu kan? Masa kecik2 dulu biasa la dengar rancangan ni kan? Nmpknya harapan aku yg aku nyatakan dlm N3 smlm tak tercapai lagi la.....................kali ni Lin Dan (gambar di atas) lak terkandas awal (suku akhir) kpd rakan senegara, Bao Chunlai dlm 3 set > 16-21, 21-18 & 17-21 yg mengambil masa 61 minit. Payah betul la nak tgk Chong Wei & Lin Dan ni bertarung sesama sendiri. Mesti miss punya! Kalau tak Chong Wei kandas awal, Lin Dan tak bertanding semasa Chong Wei bertanding, mesti Lin Dan lak kandas awal. Ada je halangannya. Tak tercapai hasrat aku nak tgk diorang ni berentap merebut gelaran ALL ENGLAND thn ni.

.....tapi ada rahmat gak. Peluang Chong Wei utk menjulang kejuaraan ALL ENGLAND thn ni agak cerah la. Dlm semi final malam ni, beliau akan bertemu pemain Denmark, Peter Gade. Kalau ikut sejarahnya, pertemuan mereka berdua lebih byk dimenangi oleh Chong Wei.

Pasangan beregu muda kita Gan Teik Chai/Tan Bin Shen smlm pun tak krg hebatnya sbb dpt menunjukkan permainan yg sgt baik menentang pasangan berpengalaman dr Denmark, Lars Paaske/Jonas Rasmussen. Bekerja keras pasangan Denmark ni. Diorang menang pun 21-18, 22-20! Diaorang ni hanya pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa je krg......semangat melawan cukup baik! Pasangan beregu veteren, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah pun tersangkut gak smlm tapi kira ok la sbb sampai suku akhir. Nama pun veteren kan? Takkan nak main mcm geng2 muda ni.....

Sejam lagi aku melekat la dpn tv ni. Pagi tadi 1am pun aku dah start lepak dpn tv tgk suku akhir. Tidur dkt2 3am....pastu bangun semula 530am utk tunggu Chong Wei lawan pemain Korea, Shon Wan Ho. Nasib baik menang. Kalau tak, penat je bangun awal2 kan?

MALAYSIA BOLEH!!!

ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010 - DAY 4 (FRIDAY)


LIVE @ ASTRO SUPERSPORT CH 811
(1AM MALAYSIA - SATURDAY MARCH 13 2010)


Assalamualaikum kengkawan.....

Smlm aku tak update psl perlawanan pusingan ke-2 tu sbb frust aku tu masih menebal...uhuk uhuk. Hari ni rasa terubat gak la sbb drp 4 wakil Malaysia smlm, 3 layak ke suku akhir. Hafiz Hashim walaupun tewas kpd jaguh China, Lin Dan tapi aku rasa keputusannya agak memberangsangkan juga. Hafiz tewas 14-21, 18-21 dlm 38 mnit. Not bad boy! Aku tak dpt tgk live perlawanan ni tapi kalau dilihat drp keputusan set ke-2 tu, Hafiz ni "melawan" gak la. Apa yg aku perasan ttg Hafiz ni ialah - dia ni dh ada fizikal yg baik...tinggi & kaki pnjg tapi dia jarang guna la. Sepatutnya dia kena byk smash terutama jumping smash dr baseline sbb kelebihan ketinggian yg dia ada ni. Ini pendapat aku la. Kalau mana2 coach Malaysia atau pegawai2 BAM baca blog aku ni, sampaikan pendapat aku ni kat dia ye......(konon la ada yg baca...perasan la tu!!)

3 lagi wakil ke suku akhir ialah:
1) Datuk Lee Chong Wei
2) Gan Teik Chai/Tan Bin Shen
3) Choong Tan Fook/Lee Wan Wah

Chong Wei akan bertemu pemain baru Korea, Shon Wan Ho yg telah menewaskan pemain muda dr China, Chen Long dgn 3 set! Harap2 Chong Wei tak ambil mudah perlawanan ni sbb kalau dpt la, main straight set dah le. Jgn bawa ke rubber set. Nanti lu letih la Datuk mau lawan dlm semi final.......Dlm separuh akhir nanti (kalau berjaya kalahkan pemain Korea ni), Chong Wei akan berdepan lak dgn samada pemain dr Indonesia, Taufik Hidayat @ pemain dr Denmark, Peter Gade (aku tak pasti betul ke tak ni sbb takde mklmt lengkap lagi) yg akan berentap lebih awal sblm perlawanan Chong Wei & Wan Ho pagi ni (semua tgh tido la tu!)

Kalau berjaya di separuh akhir lak.....harap2 la, Chong Wei akan ke perlawanan akhir menentang samada Bao Chunlai (China) @ Lin Dan juga dr China. Kalau tercapai hasrat aku nnt, dpt la tgk Chong Wei berentap lagi dgn Lin Dan di akhir. Lama sgt rasanya tak tgk diorang ni berentap!

Utk rekod, Chong Wei dah menang 2 kejohanan super series pada awal2 thn ni iaitu Korea Open & Malaysia Open pada Januari 2010 lalu. Kalau dia menang lagi kali ni, 3 super series berturut2 la dia sapu setakat ni! Minggu depan Swiss Open Super Series berlangsung lak.

Beregu muda negara, Gan Teik Chai/Tan Bin Shen pun nmpknya melangkah gagah ke suku akhir. Lawan diorang ni pasangan dr Denmark, Lars Paaske/Jonas Rasmussen.
Pasangan veteren negara, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (gambar di atas) juga nmpknya beraksi mantap ke suku akhir & akan bertemu pasangan pilihan ke-3 kejohanan dr Indonesia yg hebat gak, Markis Kido/Hendra Setiawan. Gunakanlah pengalaman sbg pasangan veteren yg masih mampu menggegar tu!

MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, March 11, 2010

Aduh Aduh Aduh............


Selamat bertemu kembali kengkawan. Baca tajuk pun heran kan? Aku frust sikit la sbb keputusan2 smlm nmpknya tak memberangsangkan kita semua. Piala Thomas bln Mei 2010 ni je tapi nmpk gayanya pasukan badminton negara kita semakin "longlai"...... Beregu utama perseorangan negara kita Koo Kean Keat & Tan Boon Heong (gambar di atas) tewas mudah kpd pasangan Denmark 13-21, 11-21 hanya dlm 27 minit. Diorang ni ranking pertama dlm kejohanan ni lak tu dan tewas pada perlawanan pertama!

Pemain2 Malaysia yg melangkah ke pusingan ke-2 ialah semestinya Dato' Lee Chong Wei, pasangan muda beregu lelaki - Gan Teik Chai & Tan Bin Shen, pemain perseorangan lelaki - Hafiz Hashim dan pasangan beregu veteren negara - Choong Tan Fook & Lee Wan Wah.

Hari ni ada 4 perlawanan yg melibatkan pemain2 Malaysia yg aku sebutkan tadi. Perlawanan plg mencabar tentunya akan dihadapi Hafiz Hashim......dia kena lawan Lin Dan dr China woooo!!!!!!! Lin Dan ni mmg aku minat la sbb bila tgk dia main, skil dia ni mengingatkan kita kpd pemain China dolu2 - Zhao Jianhua. Kebetulan kedua2nya adalah pemain kidal.

Cakap byk tak nak la. Kita tunggu je la perlawanan yg akan dilangsungkan ptg ni, dimulakan oleh Chong Wei yg akan berentap dgn Sony Dwi Kunncoro dr Indonesia pkl 620pm waktu Malaysia. Jgn la bukak mana2 siaran TV tu...takdenya siaran langsung. Aku ni pun dpt maklumat drp internet je tapi betul2 real time la. Jumpa lagi dlm N3 lain slps ni..........see u................

Wednesday, March 10, 2010

ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010 - DAY 2 (WEDNESDAY)


Kenal siapa ni? Inilah pemain badminton perseorangan utama Malaysia & pemain single no. 1 dunia, Dato' Lee Chong Wei. Lebih krg 730pm waktu Malaysia tadi beliau memulakan saingan dlm kejohanan ALL ENGLAND menentang pemain dr INDIA, Chetan Anand & Chong Wei menang straight set 21-15, 21-16 yg mengambil masa 26 minit.
Esok pula, Chong Wei akan berada di court #2 bertemu pemain Indonesia, Sony Dwi Kunncoro pada 620pm waktu Malaysia. Jika Chong Wei menang esok, beliau akan ke suku akhir pada hari Jumaat, 12 Mac 2010.
Setakat berita ini ditulis (cewah! mcm laporan terkini la plak!), hanya pasangan beregu muda negara, Gan Teik Chai & Tan Bin Shen juga mara pusingan seterusnya esok setelah menewaskan pasangan dr Hong Kong ptg tadi dan akan bertemu beregu dr China pkl 1030pm waktu Malaysia esok. Pemain2 lain setakat ini nmpknya kandas awal la termasuk pemain utama perseorangan wanita, Wong Mew Choo (girlfriend Chong Wei ni!!!)
Sekarang 945pm waktu Malaysia di Court #1, pasangan beregu lelaki utama negara, Koo Kean Keat & Tan Boon Heong pula akan menentang pasangan yg boleh tahan hebat gak dr Denmark, Lars Paske & Jonas Rasmussen. Harap diorang menang la.

MALAYSIA BOLEHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 9, 2010

Keputusan 2 Perlawanan - ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010

Baru sebentar tadi 2 perlawanan pusingan kelayakan yg melibatkan pasukan MALAYSIA baru saja berakhir.

1) BEREGU CAMPURAN - Hirokatsu Hashimoto(JAP)/Mizuki Fujii (JAP) tewaskan Gan Teik Chai (MAL)/Anastasia Russkikh(RUS) 21-7, 21-19.

2) PERSEORANGAN LELAKI - Chong Wei Feng(MAL) tewaskan Kashyap Parupalli (IND) 21-16, 21-8.

ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010 - DAY 1 (TUESDAY)


Assalamualaikum Kengkawan....

Hari ni dh bermula Kejohanan Badminton ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010 (9-14 Mac 2010). Perlawanan pembukaan dh berlalu tadi pkl 12pm waktu England, lebih krg 8pm waktu Malaysia. Kat ASTRO takde siaran langsung lagi. Selalunya 2 hari terakhir (separuh akhir & akhir) baru ada live kt ASTRO. Kpd kengkawan yg takde sumber berita kejohanan ni, aku tolong update kt korang la. Bukan la update setiap masa tapi aku cuba update game yg pemain Malaysia terlibat. Yang lain2 kalau yg menarik tu, aku tolong update sekali la ok? Selalu2 le jenguk blog aku ni. Aku bagi keputusan je le. Ulasan, korang pandai2 la buat sendiri...he he he

Apahal Lak Terkangkang Terbaring Tu???!!!








Comel kan? Kita masa kecik2 pun comel, inikan pulak anak kucing yg sememangnya comel sampai besar kan? Manusia pun ramai yg comel2.....come lote mcm org yg membaca ni la.......senyum nmpk? perasan la tu.....he he